Anatomi
telinga dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu telinga luar, tengah dan dalam.
Telinga mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai indera pendengaran dan sebagai alat
bantu keseimbangan tubuh badan. Sebagai indera pendengaran, telinga sangat
penting dalam proses pembelajaran pertuturan/bahasa. Seorang anak bahkan sejak
dari dalam kandungan menggunakan indera pendengaran untuk belajar hal-hal baru
dari dunia luar. Gangguan pada pendengaran jika terjadi sejak lahir akan
mempengaruhi pada kemampuan berbahasa seseorang, sehingga seorang yang tuli
dari lahir biasanya juga menderita tidak dapat bertutur ; kerana dia memang
belum pernah mendengarkan bagaimana sebenarnya sebuah kata diucapkan.
Anatomi telinga manusia
Setiap
vertebrata (mahluk hidup bertulang belakang) memiliki sepasang telinga yang
letaknya berlawanan yang berfungsi untuk menangkap gelombang suara untuk
selanjutnya diteruskan ke otak melalui susunan saraf yang menghubungkan telinga
ke otak iaitu nervus vestibulokoklearis. Dan sebagai alat keseimbangan dan
untuk mengetahui posisi tubuh. Secara anatomi, telinga manusia dibezakan
menjadi tiga bahagian sebagai berikut :
1. Anatomi telinga luar manusia
Telinga luar manusia terdiri dari daun
telinga, lubang telinga luar dan saluran telinga luar (liang telinga). Bentuk
dan susunan daun telinga yang komplek berfungsi untuk menangkap dan mengarahkan
gelombang suara menuju liang telinga yang akan ditangkap oleh gendang telinga
(membran timpani).
2. Anatomi telinga tengah manusia
Telinga
tengah terdiri dari gegendang telinga (membran timpani), tulang pendengaran
(tulang martil, tulang landasan dan tulang sanggurdi). Getaran suara yang
diterima gendang telinga akan diteruskan oleh tulang pendengaran, iaitu dari
tulang martil ke tulang landasan dan terakhir ke tulang sanggurdi yang
merupakan tulang pendengaran terkecil. Dari tulang sanggurdi, getaran akan
diteruskan ke koklea atau rumah siput. Dalam keadaan normal, ruang pada telinga
tengah berisi udara yang tidak berhubungan langsung dengan udara luar. Saluran
yang menghubungkan udara di telinga tengah adalah saluran eustasia yang
menghubungkan telinga tengah ke faring. Saluran eustsia akan tertutup dan
terbuka pada saat manusia mengunyah dan menguap. Ini adalah mekanisme untuk
menyamakan tekanan udara di luar dan di dalam telinga tengah.
3. Anatomi telinga dalam manusia
A.
Organ Pendengaran
Telinga
dalam terdiri atas labirin osea atau labirin tulang iaitu sebuah rangkaian
rongga pada tulang pelipis yang dilapisi periosteum yang berisi cairan
perilimfe dan labirin membranasea, yang terletak lebih dalam dan memiliki
cairan endolimfe.
Di
depan labirin terdapat koklea (rumah siput) . Penampang melintang koklea
terdiri daripada tiga bahagian iaitu skala vestibuli, skala media dan skala
timpani. Bahagian dasar dari skala vestibuli berhubungan dengan tulang
sanggurdi melalui tingkap berselaput yang disebut tingkap oval, sedangkan skala
timpani berhubungan dengan telinga tengah melalui tingkap bulat.
Bahagian atas skala media dibatasi oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelah bawah dibatasi oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsi mengubah getaran suara menjadi impuls. Organo corti terdiri dari sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akan dihubungkan dengan bahagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.
Bahagian atas skala media dibatasi oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelah bawah dibatasi oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsi mengubah getaran suara menjadi impuls. Organo corti terdiri dari sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akan dihubungkan dengan bahagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.
B.
Organ Keseimbangan
Selain
bahagian pendengaran, bahagian telinga dalam terdapat Indra Pengatur
Keseimbangan atau organ Vestibular. Bahagian ini secara strukturnya terletak di
belakang labirin yang membentuk struktur utrikulus dan sakulus serta tiga
saluran setengah lingkaran atau Saluran Gelung atau semisirkular. Kelima
bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan tubuh dan memiliki sel rambut yang
akan dihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf pendengaran.
Setelah
mengetahui begitu rumit dan luar biasanya ciptaan dan rekabentuk anatomi
telinga, sudah semestinya kita sebagai manusia selalu bersyukur akan nikmat
Allah SWT yang di anugerahkan pada setiap manusia seperti salah satunya adalah
nikmat pendengaran !
0 komentar:
Posting Komentar